Friday, 9 November 2012

HAPPY HOLIDAY 2012!

SELAMAT BERCUTI BUAT SEMUA SAHABAT HTTP://WWW.PPKISMKBB.BLOGSPOT.COM


SELAMAT JUMPA LAGI
01.01.2013



 

SELAMAT MAJU JAYA!

Assalamualaikum buat semua teman dan sahabat http://www.ppkismkbb.blogspot.com
 
 
Bersempena dengan minggu peperiksaan SPM & STPM 2012 ini, saya mewakili guru-guru di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Masalah Pembelajaran, Masalah Penglihatan dan Masalah Disleksia SMK Bukit Besar, Kuala Terengganu mengucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan dan Selamat Berjaya buat semua calon Peperiksaan SPM & STPM SMKBB terutamanya calon-calon berkeperluan khas ini.
 
Insya-Allah, semoga kalian semua dapat menghadapinya dengan cekal dan tabah sekaligus dengan kesungguhan yang dipamerkan diharap semoga kejayaan dapat diukir pada tahun hadapan.
 
Selamat Maju Jaya & Buat Yang Terbaik!
 
Calon-calon SPM 2012 mendengar amanat terakhir dari pihak pengurusan SMKBB dan guru-guru sebelum melangkah masuk ke dewan peperiksaan. 

Puan Zainida Zaharah selaku PK Pendidikan Khas bersama guru-guru dan calon SPM PPKI Masalah Penglihatan memberi kata-kata semangat untuk murid sebelum peperiksaan bermula.

Calon SPM PPKI Masalah Penglihatan, Muhamad Taufiq & Mohd Khairul bersedia untuk menggalas tanggungjawab yang diamanahkan. Semoga berjaya!  

Hurmm...bila masa peperiksaan aje amat 'bergunalah' papan tanda ini. Hehe....

Mohd Khairul & Che Ku Sabariah antara calon SPM PPKI Masalah Penglihatan bagi kategori Rabun - B2 yang menjawab peperiksaan menggunakan bantuan alatan khas iaitu CCTV.

Calon buta - B1 menggunakan Mesin dan Soalan Braille untuk menjawab peperiksaan.

Hasmunirah bt Maliki, calon tunggal PPKI Masalah Penglihatan semasa menjalani Peperiksaan Bertulis STPM untuk pelajar Tingkatan 6 Bawah. Ermm...comel sangat lampu bacaan tu, hehe....
 

 
 


 
 

Thursday, 8 November 2012

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN AKTIVITI PENDIDIKAN KEBERSIHAN PROGRAM PENDIDIKAN KEBERSIHAN SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI TERENGGANU 2012

Tarikh : 04.11.2012

Hari : AHAD

Masa : 10.00 PAGI

Tempat : DEWAN BESAR, WISMA DARUL IMAN

Disempurnakan Oleh : YB TUAN HAJI RAMLAN BIN ALI
TIMBALAN PENGERUSI 1, JAWATANKUASA KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN NEGERI

Anjuran : KERAJAAN NEGERI TERENGGANU & JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANU

Nama Pertandingan :
1. PERTANDINGAN MEWARNA PELAJAR SINDROM DOWN
2. PERTANDINGAN PIDATO BAHASA INGGERIS MASALAH PENGLIHATAN KATEGORI SEKOLAH MENENGAH ATAS
3. PERTANDINGAN PIDATO BAHASA INGGERIS MASALAH PENGLIHATAN KATEGORI SEKOLAH MENENGAH RENDAH

 
:: FOTO KENANGAN ::
 

















.................................................


"Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya." ~ Albert Camus






 


HARI PENGLIHATAN SEDUNIA DAN HARI TONGKAT PUTIH ANTARABANGSA 2012.

TARIKH : 20.10.2012

HARI : SABTU

MASA : 08.00 PAGI HINGGA 12.00 TENGAHARI

TEMPAT : DATARAN SYAHBANDAR, KUALA TERENGGANU

ANJURAN :
1. KERAJAAN NEGERI TERENGGANU

2. PERSATUAN ORANG BUTA MALAYSIA CAWANGAN TERENGGANU (SBM)


LAPORAN:

Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM) Cawangan Terengganu dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu telah mengadakan Hari Penglihatan Sedunia dan Hari Tongkat Putih Antarabangsa bertempat di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu pada 20 Oktober 2012.

Pengerusinya, Encik Mohamad Abdul Nasir Malek berkata, acara ini diadakan bersempena dengan Program Hari Penglihatan Sedunia dan Hari Tongkat Putih Antarabangsa yang disambut setiap 15 Oktober.

“Perarakan peserta tongkat putih bermula dari Dataran Shahbandar melalui Jalan Masjid Abidin, Jalan Paya Keladi, Jalan Syed Husein, Jalan Tok Lam dan kembali ke Dataran Shahbandar,” katanya.

Katanya, acara ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat khususnya pengguna jalan raya perlunya mengamalkan etika berbudi bahasa dan bersikap perihatin apabila mendekati orang cacat penglihatan yang sedang berjalan menggunakan tongkat putih.

Di samping itu, turut diadakan pertandingan catur, dam, congkak, pertandingan memancing dan gerai pameran serta jualan untuk mengumpul dana SBM.

Program ini dirasmikan oleh Setiausaha Kerajaan, Dato’ Haji Mazlan Ngah.


:: GAMBAR SEPANJANG AKTIVITI DIJALANKAN ::
 


 


 




 










 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
.................................................................................................................................
 
"Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai."