Friday 18 May 2012

WARGA PPKI SMKBB 2012


Berikut adalah warga PPKI SMK Bukit Besar bagi tahun 2012.












INFO PPKI SMKBB.

PPKI SMK BUKIT BESAR


Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Besar, Kuala Terengganu ini terdiri merangkumi 3 buah program iaitu PPKI Masalah Pembelajaran, PPKI Masalah Penglihatan dan PPKI Disleksia yang ditadbir oleh Puan Zainida Zaharah binti Zainuddin selaku Penolong Kanan Pendidikan Khas.
 
          Program ini turut disokong oleh 23 orang guru Pendidikan Khas dan 6 orang Pembantu Pengurusan Murid dengan jumlah pelajarnya adalah seramai 88 orang. Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Masalah Pembelajaran telah dibuka pada Jun 2001 dan diikuti oleh PPKI Masalah Penglihatan pada Januari 2006 manakala Program Disleksia pula dibuka pada Januari 2010.
 
          Objektif penubuhan program seumpama ini adalah bertujuan untuk menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk pelajar Pendidikan Khas serta dapat menghasilkan pelajar Pendidikan Khas yang lebih cemerlang dalam aspek tingkah laku, sosial dan komunikasi. Selain itu, program ini membolehkan pelajar-pelajar berdikari dan mempunyai tahap keyakinan tinggi serta dapat menerima pendidikan yang berkualiti mengikut tahap keupayaan mereka berdasarkan misi, visi dan Falsafah Pendidikan Khas.
 

~ ppkismkbb@gmail.com ~


SELAMAT HARI GURU 2012



http://ppdkt.net/v1/

PANORAMA PPKI SMKBB.

Selamat Datang ke PPKI SMKBB!

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Panorama indah sekitar bangunan & bilik darjah
Program Pendidikan Khas Integrasi
(PPKI Masalah Penglihatan, Pembelajaran dan Disleksia
SMK Bukit Besar, Kuala Terengganu.

 

 
SMK Bukit Besar, Kuala Terengganu begitu unik kerana mempunyai 3 program Pendidikan Khas di bawah pengurusan
Penolong Kanan Pendidikan Khas.




PPKI Masalah Penglihatan & Disleksia di Blok Al-Bukhari, SMKBB.


Suasana kelas resos di PPKI Penglihatan.



PPKI Masalah Pembelajaran di Blok Al-Tarmizi, SMKBB.


PPKI Masalah Pembelajaran.


Salah satu projek di PPKI Masalah Pembelajaran, SMKBB.




Thursday 17 May 2012

SEJARAH SEKOLAH.

 
SMKBB terletak di atas sebidang tanah seluas 5 hektar dan 200 meter dari Jalan Sultan Muhammad. Bangunan sekolah terdiri dari dua blok bilik darjah, kantin, pejabat pentadbiran, bilik pendidik, 16 bilik darjah, 5 makmal sains, 2 makmal ekonomi rumah tangga, pusat sumber (perpustakaan dan bilik bahan pandang dengar), bilik solat, klinik pergigian dan padang permainan yang dibina pada tahun 1991 serta sebuah gelanggang serba guna pada tahun 1993. Beroperasi pada 1 Mei 1992, pengetua pertamanya iaitu En.Mohamad b.Abu Bakar. Kemasukan pelajarnya bermula pada hari Ahad, 3 Mei 1992 dengan menerima pelajar dari SMK Padang Midin, SMK Sultan Ahmad dan SMK Tengku Bariah, Kuala Terengganu. Pada minggu awal persekolahan, seramai 130 orang pelajar terdiri daripada 74 orang lelaki dan 56 orang perempuan telah melaporkan diri. Mereka diagihkan kepada 2 kelas Tingkatan Satu dan 2 kelas Tingkatan Dua. Seramai 12 orang guru yang terdiri daripada 5 orang guru siswazah dan 7 guru bukan siswazah. Staf sokongan seramai seorang pembantu tadbir, dua pembantu am rendah dan dua pekerja rendah awam bagi membantu pengurusan sekolah. Perubahan prasarana dapat dilihat dari semasa ke semasa di mana bangunan sekolah semakin bertambah daripada 2 blok kepada 6 blok termasuk blok Pendidikan Khas Pembelajaran dan Penglihatan. Bilangan pelajar juga telah meningkat ke 1300 orang setiap tahun. Sekolah juga turut dibekalkan dengan sebuah makmal komputer dan dua blok asrama bagi menampung pelajar lelaki dan perempuan yang aktif dalam kokurikulum dan tinggal jauh dari sekolah. Terdapat dua buah pondok iaitu Pondok Bina Sahsiah dan Pondok Ilmu untuk kegunaan pelajar belajar secara berkumpulan. Sebuah surau juga dibina untuk kemudahan pelajar beribadat. Selain dari pertambahan prasarana, SMKBB juga telah menempa kejayaan dalam bidang akademik, kokurikulum dan juga pertandingan-pertandingan yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Terengganu. Sesuai dengan visi sekolah iaitu SMKBB sentiasa cemerlang, adalah diharapkan dengan kepimpinan Pengetua Cemerlang iaitu Puan Hajah Zabedah bt. Muda, sekolah ini akan terus cemerlang di masa akan datang.
www.smkbb.layar.net