Thursday 17 May 2012

SEJARAH SEKOLAH.

 
SMKBB terletak di atas sebidang tanah seluas 5 hektar dan 200 meter dari Jalan Sultan Muhammad. Bangunan sekolah terdiri dari dua blok bilik darjah, kantin, pejabat pentadbiran, bilik pendidik, 16 bilik darjah, 5 makmal sains, 2 makmal ekonomi rumah tangga, pusat sumber (perpustakaan dan bilik bahan pandang dengar), bilik solat, klinik pergigian dan padang permainan yang dibina pada tahun 1991 serta sebuah gelanggang serba guna pada tahun 1993. Beroperasi pada 1 Mei 1992, pengetua pertamanya iaitu En.Mohamad b.Abu Bakar. Kemasukan pelajarnya bermula pada hari Ahad, 3 Mei 1992 dengan menerima pelajar dari SMK Padang Midin, SMK Sultan Ahmad dan SMK Tengku Bariah, Kuala Terengganu. Pada minggu awal persekolahan, seramai 130 orang pelajar terdiri daripada 74 orang lelaki dan 56 orang perempuan telah melaporkan diri. Mereka diagihkan kepada 2 kelas Tingkatan Satu dan 2 kelas Tingkatan Dua. Seramai 12 orang guru yang terdiri daripada 5 orang guru siswazah dan 7 guru bukan siswazah. Staf sokongan seramai seorang pembantu tadbir, dua pembantu am rendah dan dua pekerja rendah awam bagi membantu pengurusan sekolah. Perubahan prasarana dapat dilihat dari semasa ke semasa di mana bangunan sekolah semakin bertambah daripada 2 blok kepada 6 blok termasuk blok Pendidikan Khas Pembelajaran dan Penglihatan. Bilangan pelajar juga telah meningkat ke 1300 orang setiap tahun. Sekolah juga turut dibekalkan dengan sebuah makmal komputer dan dua blok asrama bagi menampung pelajar lelaki dan perempuan yang aktif dalam kokurikulum dan tinggal jauh dari sekolah. Terdapat dua buah pondok iaitu Pondok Bina Sahsiah dan Pondok Ilmu untuk kegunaan pelajar belajar secara berkumpulan. Sebuah surau juga dibina untuk kemudahan pelajar beribadat. Selain dari pertambahan prasarana, SMKBB juga telah menempa kejayaan dalam bidang akademik, kokurikulum dan juga pertandingan-pertandingan yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Terengganu. Sesuai dengan visi sekolah iaitu SMKBB sentiasa cemerlang, adalah diharapkan dengan kepimpinan Pengetua Cemerlang iaitu Puan Hajah Zabedah bt. Muda, sekolah ini akan terus cemerlang di masa akan datang.
www.smkbb.layar.net

No comments:

Post a Comment