Thursday 8 November 2012

HARI PENGLIHATAN SEDUNIA DAN HARI TONGKAT PUTIH ANTARABANGSA 2012.

TARIKH : 20.10.2012

HARI : SABTU

MASA : 08.00 PAGI HINGGA 12.00 TENGAHARI

TEMPAT : DATARAN SYAHBANDAR, KUALA TERENGGANU

ANJURAN :
1. KERAJAAN NEGERI TERENGGANU

2. PERSATUAN ORANG BUTA MALAYSIA CAWANGAN TERENGGANU (SBM)


LAPORAN:

Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM) Cawangan Terengganu dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu telah mengadakan Hari Penglihatan Sedunia dan Hari Tongkat Putih Antarabangsa bertempat di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu pada 20 Oktober 2012.

Pengerusinya, Encik Mohamad Abdul Nasir Malek berkata, acara ini diadakan bersempena dengan Program Hari Penglihatan Sedunia dan Hari Tongkat Putih Antarabangsa yang disambut setiap 15 Oktober.

“Perarakan peserta tongkat putih bermula dari Dataran Shahbandar melalui Jalan Masjid Abidin, Jalan Paya Keladi, Jalan Syed Husein, Jalan Tok Lam dan kembali ke Dataran Shahbandar,” katanya.

Katanya, acara ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat khususnya pengguna jalan raya perlunya mengamalkan etika berbudi bahasa dan bersikap perihatin apabila mendekati orang cacat penglihatan yang sedang berjalan menggunakan tongkat putih.

Di samping itu, turut diadakan pertandingan catur, dam, congkak, pertandingan memancing dan gerai pameran serta jualan untuk mengumpul dana SBM.

Program ini dirasmikan oleh Setiausaha Kerajaan, Dato’ Haji Mazlan Ngah.


:: GAMBAR SEPANJANG AKTIVITI DIJALANKAN ::
 


 


 




 










 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
.................................................................................................................................
 
"Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai."
 
 
 
 

 

No comments:

Post a Comment