Friday 9 November 2012

SELAMAT MAJU JAYA!

Assalamualaikum buat semua teman dan sahabat http://www.ppkismkbb.blogspot.com
 
 
Bersempena dengan minggu peperiksaan SPM & STPM 2012 ini, saya mewakili guru-guru di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Masalah Pembelajaran, Masalah Penglihatan dan Masalah Disleksia SMK Bukit Besar, Kuala Terengganu mengucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan dan Selamat Berjaya buat semua calon Peperiksaan SPM & STPM SMKBB terutamanya calon-calon berkeperluan khas ini.
 
Insya-Allah, semoga kalian semua dapat menghadapinya dengan cekal dan tabah sekaligus dengan kesungguhan yang dipamerkan diharap semoga kejayaan dapat diukir pada tahun hadapan.
 
Selamat Maju Jaya & Buat Yang Terbaik!
 
Calon-calon SPM 2012 mendengar amanat terakhir dari pihak pengurusan SMKBB dan guru-guru sebelum melangkah masuk ke dewan peperiksaan. 

Puan Zainida Zaharah selaku PK Pendidikan Khas bersama guru-guru dan calon SPM PPKI Masalah Penglihatan memberi kata-kata semangat untuk murid sebelum peperiksaan bermula.

Calon SPM PPKI Masalah Penglihatan, Muhamad Taufiq & Mohd Khairul bersedia untuk menggalas tanggungjawab yang diamanahkan. Semoga berjaya!  

Hurmm...bila masa peperiksaan aje amat 'bergunalah' papan tanda ini. Hehe....

Mohd Khairul & Che Ku Sabariah antara calon SPM PPKI Masalah Penglihatan bagi kategori Rabun - B2 yang menjawab peperiksaan menggunakan bantuan alatan khas iaitu CCTV.

Calon buta - B1 menggunakan Mesin dan Soalan Braille untuk menjawab peperiksaan.

Hasmunirah bt Maliki, calon tunggal PPKI Masalah Penglihatan semasa menjalani Peperiksaan Bertulis STPM untuk pelajar Tingkatan 6 Bawah. Ermm...comel sangat lampu bacaan tu, hehe....
 

 
 


 
 

No comments:

Post a Comment