Tuesday 6 November 2012

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PPKI SMK BUKIT BESAR 2012

Tarikh : 08.09.2012

Hari : SABTU

Masa : 10.00 - 12.00 TENGAH HARI

Tempat : PPKI MASALAH PEMBELAJARAN, SMKBB


Laporan Aktiviti :

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMKBB telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah bagi tahun 2012 bersamaan 1433H.  Majlis ini dijalankan bertujuan untuk mengeratkan lagi ikatan silaturrahim antara warga Pendidikan Khas SMKBB dengan pelajar-pelajar. Majlis juga dilihat dapat menyediakan suasana sambutan Hari Raya khasnya untuk murid-murid yang mungkin tiada peluang untuk menyambutnya.

 
GAMBAR SUASANA SAMBUTAN HARI RAYA 2012

Persembahan nyanyian lagu raya oleh Ismawati (PPKI Masalah Pembelajaran) berduet bersama pelajar aliran perdana.

Warna-warni mengelilingi pelajar-pelajar PPKI SMKBB

Posing sebahagian guru-guru lelaki PPKI bersama PPM sementara menanti jamuan bermula. Hehe...

Pelajar-pelajar Pendidikan Khas berkumpul sebelum majlis bermula.

Mak oiii...vogue laaa. Dah macam makan kat hotel dah! Hehe...apa-apa pun tahniah buat Penolong Kanan Pendidikan Khas dan semua jawatankuasa yang terlibat dalam merealisasikan majlis ini berjalan dengan lancar. Terima kasih buat semua!

Banner sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri PPKI SMKBB 2012.

Turut menjayakan majlis ini ialah En.Sufian selaku Ketua Warden Asrama, Tuan Haji Abdul Rahman (GPK Kokurikulum) dan tidak ketinggalan juga Tuan Haji Ayub selaku YDP PIBG SMKBB 2012. Terima kasih sebab sudi hadir yea!
 
Posing bergaya dari Ketua Bidang Mata Pelajaran, SMKBB. Macam datin daaa! Huhu....
 
Air oren dan sirap siap!!! Hehe...

Macam-macam adaaaaa!!!

Tuan Haji Ngah bin Bidin, Ketua Sektor Pendidikan Swasta & Pendidikan Khas, JPN Terengganu antara tetamu VIP yang turut hadir memeriahkan lagi Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri PPKI SMKBB 2012.
"Terima Kasih Tuan Haji, Tahun Depan Insya-Allah Boleh Datang Lagi"

Puan Hajah Zabedah Bt Muda, Pengetua Cemerlang SMKBB bersama tetamu yang hadir sedang menikmati jamuan sambil dilayan oleh Puan Zainun, Ketua Program PPKI Masalah Pembelajaran. Tambah3x..... 

"Doh guane nih, sapa dok sedor lensa kamera duk ambik gambo kat depang. Ermm....betul dop cakak ganu nih!
Huhu...SORRY!

Yang nih sempat berhenti makan untuk memberi laluan kepada kamera mengambil gambar. Posing3x...jangan x posing! Hehe....sorry sebab ganggu masa makan.

Time makan boleh posing hensem lagi, huhu....

En.Tajudin dan En.Azman bergambar bersama En.Syukri, Penolong Pengarah Unit Sekolah Menengah,
Sektor Pendidikan Khas, JPN Terengganu.

Tuan Haji Ngah beramah mesra bersama pelajar-pelajar Pendidikan Khas SMKBB.

Keluarga PPKI SMKBB bergambar sebagai tanda kenang-kenangan bersama tetamu VIP yang hadir.

Sebahagian daripada warga pendidik Program Pendidikan Khas Integrasi SMKBB 2012
(PPKI Masalah Pembelajaran, Penglihatan dan Disleksia)
bergambar bersama Puan Zainida Zaharah bt Zainudin, PK Pendidikan Khas.

Bergambar bersama Pembantu Pengurusan Murid (PPM) PPKI SMKBB 2012

Warga PPKI Masalah Penglihatan SMKBB 2012.

Warga PPKI Masalah Disleksia SMKBB 2012.


Warga PPKI Masalah Pembelajaran SMKBB 2012.
 
 
"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN"
 
 
.........................................
 
 
.............................................
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment